Tuesday, 21 May 2013

meMaHaMi..

aku ada sorang kawan yang sangat memahami aku , walau macam mana situasi yang timbul kan ..." Seorang kawan tidak akan menjatuhkan kawanya sendiri" ... itu kata2 seseorang yang sudah berpengalaman kepada aku ... hurm ... aku rasa dia boleh dorong aku menjadi seorang manusia ... bukan maksud aku ,aku bukan manusia sekarang .. tetapi untuk menjadi yang lebih sempurna ... walaupun dia sangat lemah lembut ... tetapi kalu dia marah kalah JONG KOOK OPPA ... hehe ... walaupun dia cakap maen lepas je ... tapi sangat berguna kata2 dia tu ... mesti dia tengah melambung-lambung sekarang nie kan? haha ... tapi betulah apa yang aku cakapkan tu ye ... dah la .. cita sikit2 ja ... satgi melambung -lambung pulak dia ... kembang sana -sini pulak .. haha... cuma nak cakap yang hang nie seorang yang sangat memahami aku ...






 : : sekian , Assalamualaikum ..

Wednesday, 15 May 2013

i'm a lonely girl

lepas habis kelas weblog nie , aku tanak blog aku nie untuk terus terkubur macam kubur yang tidak bertuan ... so aku decide untuk terus mengupdate blog seperti biasa cuma ianya takkan sekerap yang selalu ... apa yang aku rasa sekarang ea .?? aku rasa sangat sedih .. rasa nak menangis, nak menjerit , nak meraung .. untuk padamkan luka yang sedia ada kat dalam hati aku nie ... aku tak sure sebab yang aku sedih sangat ... aku tak sure kenapa aku nak menangis .. aku tak sure kenapa aku macam nie ... maybe tekanan kot kan .. keadaan sekeliling yang buat aku jadi macam nie .. aku rasa kot ... aku perlukan semangat sekarang nie ... aku perlukan teman .. aku perlukan semua nie ... aku rasa macam nobody beside me ... boleh ke aku rasa macam tu? sedangkan ramai orang berada di sekeliling aku .. sommething fishy going on ... aku ramai kawan .. tapi tak ramai yang boleh ada disebelah aku tika aku susah dan senang .. aku nie da rasa macam semacam dah nie .. perubahan yang ada dalam diri aku dah lain macam sangat dah nie ... aku rasa perubahan kat diri aku nie ketara sangat sampai dah ada yang mula tanya sebab aku macam nie .. aku baik saja k ... jangan risau yer ... : : okeyh ... setakat nie je curahan hati aku nie ... bye2 ... Assalamualaikum!!

Saturday, 11 May 2013

lonely ...

'Orang yang rapat akan perlahan-lahan meninggalkan kita ..' pesan seseorang kepada aku ... ya.. that's what i feel now .. tak der sorunk pon makluk kat muka bumi nie yang akan kekal dengan kita ... rite.? betulkan saya jika saya salah k buddies ... sorang demi sorang pergi ,pergi dan pergi ... and lastly , tinggal aku sendiri ...
 now, i'm a lonely girl .. hanya ditemani oleh perasaan yang palsu ... simpati .. nak tahu apa yang aku rasa sekarang ... it's kosooonnggggg!!


 :: post sesaja nak hidupkan blog nie ...

Tuesday, 16 April 2013

terima kasih!!

saya admin untuk blog nie  ...  dulu saya dah penah inform apa tujuan blog ini di'born'kan .. terima kasih kepada fasilitator saya iaitu Encik Sanusi ...nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para viewer ... atas kesudian anda untuk meng'view' blog ini ...terutamanya untuk girlfreind2,boyfreind2... freind dekat facebook dan lain2 lagi ... tak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan saya ..  apa macam ..?? formal tak aku ... haha ...  macam mana hari korunk ..? ok tak ..? hari aku ..? hurm ..semakin berbunga-bunga kot ... kenapa.? itu rahsia ea ... korunk tak payah tahu pon ... tak penting ...yang penting hari korunk tu kan ... walaupun kita sedih , jangan tunjuk kesedihan tu k .. kalau orang yang rapat dengan kita dia akan outomatik dapat rasa kesedihan kita tu ... ingat tu ... 

daripada nak ucap terima kasih ...dah berceloteh panjang ...


: : sekian saja ..terima kasih ... Assalamualaikum

Sunday, 7 April 2013

AbOuT RoSeS

Bunga ini adalah salah satu tumbuhan yang mengeluarkan bunga menawan dan mempunyai keharuman lembut ... Dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta ...


Mawar Merah (Red roses)
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations

ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.

Mawar putih (White roses)
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness
Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.



Mawar merah jambu / Merah muda ( Pink roses)
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You

Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.

Mawar peach (Peach roses)
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty
Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih

Mawar kuning (Yellow roses)
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy


Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.

: : sepanjang umur aku 21 tahun ... tak pernah dapat bunga ros hidup ... 
: : k la ..selamat malam ...Assalamualaikum!!

GuNuNg TeBu !!




korang semua tahu tak ... tempat yang teringin sangat nak pegi is GUNUNG TEBU ... aku sendiri pon tak tahu benda pa yang menarik sangat kat sana tu ... tapi dengar kata tempat tu sanagt2 cantik ... aku pun ada buat sikit research using GOOGLE la kan ...quite good ... unik kot tempat nie ... aku jatuh cinta pandang pertama kat tempat nie ...kejap ea ... aku kongsikan sikit gambar yang aju amik kat GOOGLE IMAGE ...









aku sebenarnya teringin sangat nak ke situ ... sebab nak tengok sungai yang colour biru nie ..


: :sekian saja untuk hari nie ... Assalamualaikum!!



Wednesday, 3 April 2013

tEnTaNg CoKlAt !!


Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.
Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan.
Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang
 kebaikan coklat ...



1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.



2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.



4. Coklat melindungi kulit anda.
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!