Wednesday 3 April 2013

tEnTaNg CoKlAt !!


Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.
Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan.
Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang
 kebaikan coklat ...



1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.



2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.



4. Coklat melindungi kulit anda.
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!







No comments:

Post a Comment