Tuesday 16 April 2013

terima kasih!!

saya admin untuk blog nie  ...  dulu saya dah penah inform apa tujuan blog ini di'born'kan .. terima kasih kepada fasilitator saya iaitu Encik Sanusi ...nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para viewer ... atas kesudian anda untuk meng'view' blog ini ...terutamanya untuk girlfreind2,boyfreind2... freind dekat facebook dan lain2 lagi ... tak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan saya ..  apa macam ..?? formal tak aku ... haha ...  macam mana hari korunk ..? ok tak ..? hari aku ..? hurm ..semakin berbunga-bunga kot ... kenapa.? itu rahsia ea ... korunk tak payah tahu pon ... tak penting ...yang penting hari korunk tu kan ... walaupun kita sedih , jangan tunjuk kesedihan tu k .. kalau orang yang rapat dengan kita dia akan outomatik dapat rasa kesedihan kita tu ... ingat tu ... 

daripada nak ucap terima kasih ...dah berceloteh panjang ...


: : sekian saja ..terima kasih ... Assalamualaikum

Sunday 7 April 2013

AbOuT RoSeS

Bunga ini adalah salah satu tumbuhan yang mengeluarkan bunga menawan dan mempunyai keharuman lembut ... Dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta ...


Mawar Merah (Red roses)
Meaning: Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations

ros merah biasanya diberikan untuk menyatakan perasaan cinta. Ia juga sebagai simbolik kepada keberanian dan penghargaan.

Mawar putih (White roses)
Meaning: Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness
Sesuai dengan warnanya, mawar putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati.



Mawar merah jambu / Merah muda ( Pink roses)
Meaning: Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You

Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.

Mawar peach (Peach roses)
Meaning: Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty
Mawar peach sebagai simbolik kepada penghargaan. Ia juga boleh digunakan untuk menyatakan terima kasih

Mawar kuning (Yellow roses)
Meaning: Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy


Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.

: : sepanjang umur aku 21 tahun ... tak pernah dapat bunga ros hidup ... 
: : k la ..selamat malam ...Assalamualaikum!!

GuNuNg TeBu !!




korang semua tahu tak ... tempat yang teringin sangat nak pegi is GUNUNG TEBU ... aku sendiri pon tak tahu benda pa yang menarik sangat kat sana tu ... tapi dengar kata tempat tu sanagt2 cantik ... aku pun ada buat sikit research using GOOGLE la kan ...quite good ... unik kot tempat nie ... aku jatuh cinta pandang pertama kat tempat nie ...kejap ea ... aku kongsikan sikit gambar yang aju amik kat GOOGLE IMAGE ...









aku sebenarnya teringin sangat nak ke situ ... sebab nak tengok sungai yang colour biru nie ..


: :sekian saja untuk hari nie ... Assalamualaikum!!



Wednesday 3 April 2013

tEnTaNg CoKlAt !!


Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.
Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan.
Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang
 kebaikan coklat ...



1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.



2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.



4. Coklat melindungi kulit anda.
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!







Tuesday 2 April 2013

MuLa MeNyiNtaInYa ...





sekarang baru aku sedar yang aku sudah mula berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dia ... aku rasa aku dah mula menyintainya ...





adakah perasaan ini benar ..?? ya ...ianya benar ... sekarang aku sudah mencintai BLOGGING ... walaupun dulu aku taknak jatuh cinta ...tetapi akhirnya jatuh jua ...hehe ..