Universiti Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :
|
|
- Keusahawanan dan Perniagaan ;
- Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
- Agro-industri dan Sains Sumber Asli
|
|
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME)serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).
|
|
Penubuhan Universiti |
|
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar.
|
|
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
|
No comments:
Post a Comment