Tuesday 12 March 2013

KISAH MONA..

Anda kenal wanita ini?

menurut WIKIPEDIA...nama wanita ini dikenali sebagai MONA FENDEY ataupun nama sebenarnya ialah Maznah Ismail.. wanita ini merupakan seorang penyayi suatu ketika dahulu ... Dia telah mengeluarkan beberapa album pada tahun 1993... Antara lagu yang popular ialah RATAPAN ANAK...
kalau nak dengar lagu tu...bolehlah klik link kat atas nie...

tetapi... bukan kariernya yang hendak di "story" kat sini... 
Dia dikatakan seorang pembunuh..?? SERIOUSLY? hmmm... citer dia ni unit sikit... kekadang aku pun tak dapat terima dek akal ... tetapi aku suka 'reread' cita tentang dia.. 

Selepas mengundurkan diri dari bidang nyanyian, dia melibatkan diri dalam bidang spiritual(bomoh) .. dia menawarkan khidmat bomoh ni kepada orang-orang terutamanya golongan atasan ... because of MONEY .. 

ceritanya bermula apabila seorang ahli politik bernama Mazlan(DUN n.Pahang) yang berumur 49tahun gagal dihubingi oleh anggota keluarganya selepas seminggu menghilang.. pihak polis mula menjalankan siasatan...polis menahan Jurami(pembantu Mona Fendey) hanya sebab dadah pada hari kesebelas selepas pembunuhan berlaku... penahanan Jurami membawa kepada penemuan anggota badan Mazlan yang dikeluarkan daripada dalam simen bilik stor sebuah rumah di Raub,Pahang.. 

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank di sini dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara `mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap'.Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.



selepas pembunuhan itu berlaku, Juriami diberi upah sebanyak RM180 sahaja daripada jumlah yang mereka peroleh..malam itu,mereka menginap di hotel dekat Kuala Lumpur..

keesokannya..pasangan tersebut terus menggunakan wag yang mereka peroleh untuk membeli sebuah kereta MERCEDES .. Selain itu,mereka juga menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain... Antaranya ialah:
  • kereta
  • telefon bimbit
  • barang kemas
  • perabot
  • pembedahan plastik Mona Fendi
  • beberapa buah syarikat
jumlah keseluruhan bernilai RM 300,000 ...sama seperti jumlah yang dikeluarkan oleh Mazlan.

selepas keterangan saksi didengar ... mereka bertiga dijatuhkan hukuman gantung sampai mati... Tetapi.... Mona Fendi membuatkan orang tertanya-tanya dengan kata2 terakhirnya sebelum digantung..

"AKU TAKKAN MATI" kalau dia tak mati ... dia pergi mana?

::setakat nie ja yang aku mampu ...Assalamualaikum..!! :)

No comments:

Post a Comment